KUANTAN, 7 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih berjemaah di Masjid Imam As-Shafie, Kotasas di sini semalam.

Turut mengiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama isteri YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan danYAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. – KESULTANAN PAHANG
