JERANTUT, 13 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut berkenan memberi kurnia kepada kanak-kanak dan menyantuni rakyat yang hadir di sekitar Kampung Bantal.

Keberangkatan Paduka Baginda berdua ke Kampung Bantal selama tiga hari ialah untuk bertemu rakyat kampung tradisional di kawasan berkenaan sempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Paduka Baginda berdua juga akan menyantuni Orang Asli Sungai Kuching pada hari esok seterusnya mengikuti aktiviti yang dijadualkan bersama rakyat di kawasan berkenaan. -KESULTANAN PAHANG
