KUALA LUMPUR 10 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Syarikat Citaglobal Berhad yang diadakan di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Rata-rata tetamu dan warga kerja Citaglobal Berhad teruja dengan kehadiran baginda berdua serta tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang turut berkenan memberi kurnia kepada anak-anak yatim. Paduka Baginda berdua juga berkenan meninjau gerai-gerai makanan yang disediakan. – KESULTANAN PAHANG
