KUANTAN, 02 Mei 2025,- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri kelas bacaan Al-Quran (mengaji) dan Daurah Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz, hari ini.

Kelas mengaji dikendalikan Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal yang memberi fokus kepada bacaan Hukum Ikhfak Haqiqi manakala Daurah Jawi dikendali Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr. Asmadi Abdul Rahman yang memberi fokus kepada ejaan kata Melayu Jati menggunakan ejaan Jawi. – KESULTANAN PAHANG
