PEKAN, 1 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Dato’ Shahbandar, Chini di sini hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,.

Turut mengiring ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama isteri, Datin Seri Diraja Dato’ Burhah Mohammed serta seluruh kepimpinan negeri dan setempat. -KESULTANAN PAHANG
