KUALA LUMPUR, 25 April 2025 : Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang juga Ketua Perlembagaan UIAM berkenan bercemar duli ke Majlis Sambutan Syawal UIAM di Kampus Gombak, di sini semalam.

Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni para tetamu yang hadir terutamanya para pensyarah dan pelajar UIAM.
Turut hadir, Presiden UIAM, Tan Sri Samsudin Osman; Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar; Ahli Lembaga Gabenor, Jawatankuasa Pengurusan Universiti
(UMC), pegawai kanan serta warga UIAM. – KESULTANAN PAHANG