JERANTUT, 14 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat meninjau sekitar Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini semalam.

Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni penduduk setempat yang tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan merakam gambar kenangan bersama rakyat jelata.

Sebelum itu, Paduka Baginda berdua berkenan menunaikan solat Zohor di Masjid Kampung Bantal sebelum berkenan menaiki bot untuk meninjau sepanjang sungai Kampung Bantal di Ulu Tembeling. -KESULTANAN PAHANG
