KUANTAN, 12 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli bersiar-siar di sekitar Balok dan Sungai Karang di sini hari ini.

Paduka Baginda berdua turut menyantuni peniaga-peniaga dengan singgah di gerai menjual hasil laut seperti ikan dan sotong, gerai menjual sata serta kedai kopi.

Penduduk setempat dan pengunjung gerai-gerai berkenaan begitu teruja menyaksikan keberangkatan Paduka Baginda berdua dengan megambil kesempatan bertanya khabar dan merakamkan gambar untuk kenang-kenangan. -KESULTANAN PAHANG
