JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Padang Ragut Bertih, Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di sini semalam.

Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut sama ialah tetamu kehormat dari UAE iaitu Presiden IUCN yang juga Pengarah Urusan Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed Bin Zayed, Puan Yang Terutama Razan Khalifa Al-Mubarak; Pemangku Ketua Pengarah Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed Bin Zayed, Mr. Nicholas Erich Ahmed Heard dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Panthera, Mr. Frederic Joelpierre Launay.

Program ini merupakan Lawatan Kerja Paduka Baginda selama tiga hari dua malam di sekitar Ulu Tembeling membabitkan Kampung Bantal dan Kampung Orang Asli Sungai Kucing.

Paduka Baginda turut menyantuni penduduk sekitar dan turut serta menyaksikan aktiviti masyarakat sekitar seperti sukan rakyat. -KESULTANAN PAHANG
