KUANTAN, 20 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Toh Puan Bendahara Kedah, Datin Seri Diraja Puan Sri Dato’ Nora binti Abdullah yang meninggal dunia hari ini.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar isteri kepada Tunku Bendahara Kedah, Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Almarhumah dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan insan yang tersayang. – KESULTANAN PAHANG







