PEKAN, 14 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf di Masjid Nenasi di sini.

Kurniaan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas diberikan kepada golongan asnaf yang disenaraikan di bawah Mukim Masjid Nenasi. -KESULTANAN PAHANG

