KUANTAN, 24 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap deligasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Yayasan Khalifa Bin Zayed yang diketuai oleh Penasihat Hal Ehwal Strategik Yayasan Khalifa, Nadir Abdul Rahman Al Mulla di Istana AbdulAziz di sini hari ini.

Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi meningkatkan hubungan sedia ada antara UAE dan negeri Pahang khususnya membabitkan Yayasan Khalifa Bin Zayed dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkenaan penetapan standard guru-guru Bahasa Arab.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan membawa deligasi Yayazan Khalifa melihat pembangunan di sekitar Kotasas iaitu Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS) dan pembinaan masjid baharu. -KESULTANAN PAHANG
