KUANTAN, 10 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail sempena mesyuarat Pra-Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) di Istana AbdulAziz di sini hari ini.

Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara terutama berkaitan kemakmuran dan kemajuan negeri serta hal-hal berkaitan rakyat. – KESULTANAN PAHANG
