KUANTAN 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Malek Razak Sulaiman dan Panglima Divisyen 3 Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad di Istana Abdulaziz di sini semalam.

Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri.

Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam bagi mendengar taklimat, berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai peranan dan isu berkaitan agensi-agensi berkenaan terutama membabitkan Negeri Pahang. – KESULTANAN PAHANG
