KUANTAN, 11 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan menerima mengadap Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar dan isteri Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Binti Mohd Sanusi di Istana Abdulaziz, di sini.

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir menyambut ketibaan Tuan Yang Terutama ialah Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail. -KESULTANAN PAHANG
