KUALA LUMPUR 19 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Meraikan Pemain Legenda Hoki Negara Skuad Piala Dunia 1975 di sebuah hotel di sini semalam.

Keberangkatan Paduka Baginda bukan hanya menyerikan malah turut mengimbau semangat juang bekas pemain skuad negara itu yang menamatkan kejohanan di tempat keempat, satu pencapaian terbaik dalam sejarah hoki negara.

Paduka Baginda turut menyantuni dengan bertanya khabar dan bergambar kenang-kenangan bersama para pemain Skuad Hoki Negara 1975 yang hadir. – KESULTANAN PAHANG
