KUANTAN, 26 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyantuni para peniaga di gerai Permatang Badak di sini semalam.

Turut mengiring Paduka Baginda ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Di samping memilih sendiri juadah untuk berbuka puasa, Paduka Baginda mengambil kesempatan bertanya khabar dan bergambar untuk kenang-kenangan. – KESULTANAN PAHANG
