JERANTUT 7 Februari 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini.

Solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1, Mohd Yahya bin Mohd Rafi.

Paduka Baginda turut berkenan mendengar beberapa perkara disampaikan pihak pengurusan masjid dan menyantuni para jemaah sebelum menikmati santapan tengahari di Tepian Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG
