KUANTAN 30 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dato’Seri Abdul Razak Jaafar Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias; Pengarah Penerangan Pahang, Puan Rohani Chik; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ys. PKPjB Mohd Razam Taja Rahim dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, YS. Kol. (PA) Che Adam A Rahman di Istana Abdulaziz di sini hari ini.



Paduka Baginda meluangkan masa hampir dua jam mendengar taklimat ringkas dan bertukar pandangan berkenaan jabatan masing-masing. – KESULTANAN PAHANG



