KUANTAN, 9 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menyertai Kelas Mengaji al-Quran dan Daurah Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Kelas al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal yang memfokuskan kepada bacaan Hukum Ikhfak Haqiqi.

Manakala Daurah Jawi dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (Sektor Baitulmal dan Operasi) Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Dr. Asmadi Abdul Rahman yang fokus kepada ejaan kata Melayu Jati menggunakan ejaan Jawi. – KESULTANAN PAHANG
