KUALA LUMPUR, 1 Jun 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Istiadat Persandingan YM Raja Sarina Intan Bahiyah dan Encik Muhammad Firdaus di Hotel Majestic di sini semalam.

Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Cik Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama suami, Yang Hormat FD Idzham bin FD Iskandar dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

YM Raja Sarina merupakan anakanda ketiga kepada DYAM Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris Shah dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim. – KESULTANAN PAHANG
