KUALA LUMPUR, 26 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Zikir Asmaul Husna di Masjid Ibnu Mas’ud, di sini hari ini.
Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 10 pagi disambut isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail serta Pengerusi Jamiatul Khairiah (Wanita), Puan Sharifah Zainah Salim.
Paduka Baginda berkenan mendengar tazkirah bertajuk ‘Fadhilat Zikir Asmaul Husna’ serta berselawat bersama semua tetamu yang hadir. -KESULTANAN PAHANG





