BERA 27 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Penutupan Perkhemahan Pandu Puteri & Renjer Peringkat Negeri Pahang 2025 di Pusat Kokurikulum PPD Bera, Triang di sini semalam.

Paduka Baginda turut berkenan berangkat ke Program Picnic Santai bersama para pelajar dan guru selepas majlis penutupan tersebut. – KESULTANAN PAHANG
