KUALA LUMPUR, 24 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Pertunjukan Fesyen Bergaya Raya 2025 Radzuan Raziwill di Hotel Majestic di sini.

Pertunjukan fesyen diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya binti Almarhum Sultan Abdul Halim

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.- KESULTANAN PAHANG
