KUANTAN 25 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Bandaraya Kuantan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.-KESULTANAN PAHANG