KUANTAN, 11 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Anugerah Pendidikan SK Tunku Azizah di SK Tunku Azizah, di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada lebih 100 murid cemerlang serta meluangkan masa melawat pameran Anugerah Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Inovasi 2024/2025.

Paduka Baginda turut berkenan merasmikan kelas digital di sekolah tersebut dan menzahirkan rasa sukacita di atas prestasi cemerlang yang dicapai oleh murid-murid sekolah SK Azizah susulan pelbagai pencapaian yang membanggakan. -KESULTANAN PAHANG
