BENTONG, 13 September 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Penjara Bentong di sini kelmarin.
Bagaikan rutin, Paduka Baginda yang merupakan Penaung Diraja Seni dan Kraf Jabatan Penjara Malaysia sentiasa berangkat ke mana-mana penjara bagi berkongsi idea dari semasa ke semasa.
Selain Penjara Bentong yang mengusahakan Bengkel Tenun Pahang Diraja, Paduka Baginda sering ke Penjara Penor bagi memastikan kualiti dan seni produk berada pada tahap tertinggi serta eksklusif.
Paduka Baginda turut meluangkan masa bersama banduan di Bengkel Pastri bagi berkongsi resepi dan tips dalam masakan.
Turut mengiring Paduka Baginda ialah Pengarah Penjara Negeri Pahang Dato’ Abu Hasan Hussain dan Pengarah Urusan Royal Selangor, Dato’ Yong Yoon Li. – KESULTANAN PAHANG