KUALA LUMPUR, 11 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menghadiri Seminar Jabatan Sejarah Siri 3/2025 di Fakulti Sastera & Sains Sosial, Universiti Malaya, hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 3 petang disambut Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Datuk Profesor Dr. Danny Wong Tze Ken.

Paduka Baginda kemudiannya berkenan mengikuti seminar yang disampaikan oleh Professor Dr. Leonard Y. Andaya (Profesor Pelawat dari Jabatan Sejarah Professor, History Department, University of Hawaii at Manoa.

Seminar dengan tajuk ‘The Fourth Edition Of The History Of Malaysia: Themes For The 21st Century’ turut dihadiri pensyarah di Jabatan Sejarah, UM serta jemputan dari universiti seluruh negara.

Seminar sejarah ini diadakan pada setiap bulan dengan penceramah jemputan yang berbeza untuk berkongsi ilmu dan kepakaran terutamanya dalam bidang Sejarah terutamanya dari sudut kajian, pemahaman, pembinaan rangkaian serta cara berfikir dalam sesuatu konteks semasa. -KESULTANAN PAHANG
