SINGAPURA 28 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Masjid An-Nur di Woodlands di sini semalam.

Paduka Baginda diringi YAM Tengku Panglima Raja Brigadier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda diberi taklimat mengenai projek ARIF (Achieving Resilient and Inspiring Families) ialah satu inisiatif perintis di Singapura yang dilancarkan pada tahun 2021 hasil kerjasama antara Temasek Foundation, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). -KESULTANAN PAHANG
