KUANTAN, 19 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli meneruskan aktiviti memasak bubur lambuk di Padang MBK 1, di sini hari ini.

Berangkat sama mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda tiba pada pukul 11.00 pagi sebelum berkenan memasak dua periuk besar bubur lambuk pada Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Pelajar Banat Negeri Pahang.

Sembilan periuk besar bubur lambuk di masak pada program ini melibatkan 16 MaahadTahfiz di negeri ini dan kemudiannya diagihkan kepada orang ramai. – KESULTANAN PAHANG
