KUANTAN, 20 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-75 Milo di Malaysia yang diadakan di Padang MBK 1 di sini hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 7.50 pagi dimulakan dengan acara pelepasan peserta Larian tiga kilometer sebelum Paduka Baginda berkenan turut sama menyertai larian dan beramah mesra dengan peserta.

Paduka Baginda kemudiannya turut berkenan melawat reruai yang disediakan sebelum menghadiri majlis santapan ringan seterusnya berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG