KUANTAN, 25 April 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Muhammad Lukman Kamil bin Jamaluddin di Masjid Ubudiyyah, Felda Lepar Hilir 3 di sini semalam.
Allahyarham Muhammad Lukman ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang ketika mencari kepah di Pantai Balok, di sini, Jumaat lalu.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku pada jam 7.20 petang turut diiringi oleh Timbalan Menteri Ekonomi, YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah merangkap Ahli Parlimen Paya Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Pahang, YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Hairi bin Hussain.- KESULTANAN PAHANG







