KUANTAN 9 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Sempena Meraikan Ulang Tahun Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) Ke-20 di Hotel Grand Darul Makmur di sini semalam.

Kebawah Duli Paduka Mulia diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera. -KESULTANAN PAHANG
