KUALA LUMPUR 10 Febuari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Santapan Tengahari Tahun Baru Cina anjuran Olive Baden Powell Society (OBPS) di Hotel Pavillion di sini.

Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang ke majlis tersebut sebagai wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. -KESULTANAN PAHANG
