CAMERON HIGHLAND, 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Mesyuarat Transformation Task Force Cameron Highlands, hari ini.

Keberangkatan Paduka Baginda ke mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan daerah Cameron Highlands.

Turut hadir mengiring keberangkatan Paduka Baginda ialah YM Tengku Dato’ Aiman Putra Bin Dato’ Tengku Kamal Bharin, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid. -KESULTANAN PAHANG
