PERLIS 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Negeri Perlis semalam.

Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. -KESULTANAN PAHANG
