KUANTAN, 4 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pelancaran Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah.

Majlis yang diadakan ini adalah sebagai satu hebahan kepada para pengunjung tentang pembukaan semula Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah kepada orang ramai.

Pada majlis berkenaan, Kebawah Duli Tuanku turut berkenan menyantuni para pengunjung yang hadir ke Pasar Sera seterusnya berkenan menyempurnakan penanaman pokok sebagai simbolik pra-perasmian pelancaran ini. -KESULTANAN PAHANG
