PEKAN, 21 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Program Menuai Padi Spesial Variety MRQ103 di lot sawah Smart SBB Ala Sekinchan di Kampung Permatang Durian, Merchong di sini hari ini.

Keberangkatan KDPM Tengku Mahkota Pahang disambut Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang, YB Dato’ Mohammad Nizar Bin Dato’ Sri Mohammad Najib.

Padi Special Variety MRQ103 juga dikenali sebagai MARIA (MardiRiceAroma) dibangunkan oleh MARDI untuk memenuhi permintaan beras berkualiti tinggi.

Beras yang dihasilkan juga panjang dan wangi serta mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes.-KESULTANAN PAHANG
