CHINA, 26 Mei 2025 – KDPM Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat ke beberapa fasiliti utama teknologi angkasa di Wenchang.

Antara lokasi yang dilawati termasuk iSpace Reusable Rocket Facility, Satellite Super Factory dan Wenchang Aerospace Breeding Center.

Kebawah Duli Tuanku yang mengetuai Delegasi Pahang turut berkenan berangkat ke sesi meja bulat bersama pengurusan Wenchang Spaceport, diikuti lawatan ke Hainan Satellite Data & Application Research Center serta Wenchang Aerospace Administration.

Lawatan ini bertujuan meneroka potensi kerjasama dalam bidang satelit, teknologi roket boleh guna semula dan tenaga. Ia merupakan satu langkah penting ke arah kerjasama yang lebih erat antara Pahang dan China dalam sektor teknologi angkasa. -KESULTANAN PAHANG
