TEMERLOH 14 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC), Lanchang di sini semalam.

Keberangkatan Tengku Mahkota Pahang bagi menyantuni kunjungan deligasi daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai Puan Yang Terutama, Razan Khalida Al Mubarak, Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam (IUCN) yang juga Pengarah Urusan Agensi Alam Sekitar Abu Dhabi (EAD) dan Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed (MBZ) ke Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama, En Nicolas Heard, Pemangku Ketua Pengarah Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed (MBZ) dan Dr. Frédéric Launay, Ketua Pegawai Eksekutif Panthera.

Deligasi UAE turut dibawa meninjau Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di di seni sebelum ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut. – KESULTANAN PAHANG
