KUALA LUMPUR 11 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Lawatan Kerja di Ibu Pejabat Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) di sini hari ini.

Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku dipersembahkan dengan taklimat berkaitan penggunaan data-data daripada satelit khususnya bagi memantau keadaan semasa negara.

Antaranya adalah seperti bencana, wabak di kawasan setempat,hutan dan perairan negara.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia, Datuk Gs. Azlikamil Napiah. – KESULTANAN PAHANG
