LIPIS, 21 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Baharu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Benta di sini hari ini.

Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada pengurusan masjid dan kanak-kanak.

Sebelum itu, Paduka Baginda menunaikan solat Subuh di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis dan kemudiannya berkenan mengikuti kelas bacaan Al-Quran serta pelajari hukum tajwid yang memberi fokus kepada Hukum Nun Sakinah.

Paduka Baginda bersama-sama pegawai dan kakitangan istana turut membaca Surah Al Baqarah ayat 94 berkaitan janji Allah kepada hambanya di bulan Ramadan di Istana Seri Makmur di sini. – KESULTANAN PAHANG
