KUANTAN 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Lantikan dan menyaksikan Ikrar Taat Setia YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang yang baharu, YBhg. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini semalam. – KESULTANAN PAHANG
