Pentadbiran ini mengambil maklum atas beberapa aduan dan rungutan warganet mengenai kewujudan akaun media sosial menggunakan nama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang sejak akhir-akhir ini.
Dimaklumkan bahawa semua akaun berkenaan adalah PALSU dan dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan kewujudan akaun-akaun berkenaan di platform Facebook, Instagram, Tik Tok dan You Tube.
Untuk makluman, Pentadbiran ini hanya mempunyai akaun rasmi yang sah menggunakan nama Kesultanan Pahang di Facebook, Instagram, Tik Tok dan Youtube termasuk Portal Rasmi yang boleh dilayari di istanapahang.my – KESULTANAN PAHANG