KUANTAN, 11 November 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, patik pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang (МКР) mengucapkan Selamat Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini bersamaan 1 Jamadilakhir 1448H.
Patik pacal-pacal sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan, serta sentiasa dilimpahi kebahagiaan, keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.
Semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri sentiasa berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan.- KESULTANAN PAHANG






