MARAN 18 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Karnival Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) sempena Mesyuarat Agung WI Negeri Pahang Kali ke-72 di Taman Tasik Maran di sini semalam.

Pelbagai aktiviti diadakan antaranya pertandingan masakan acar buah dan kek sarang semut, pertandingan alas meja, masakan tradisional Pahang seperti bubur liar dan demonstrasi masakan sup betik oleh KDPB Tengku Ampuan Pahang.

Turut berangkat mengiring ialah YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz.-KESULTANAN PAHANG
