Kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap lukisan batik tangan bukan asing lagi dan dikenali sebagai Batik Cheminah Sayang.

Malah, Paduka Baginda pernah menghasilkan lebih 30 rekaan baharu dan mempamerkannya ketika pameran Hari Kraf Negara 2022.

Terbaharu, ketika keberangkatan Paduka Baginda ke Penjara Wanita Kajang pada 12 Mac 2025 untuk Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Penghuni Penjara Kajang, Paduk Baginda tidak melepaskan peluang melawat Bengkel Batik di penjara berkenaan dan berkenan untuk menghasil lukisan batik yang cantik.

Turut mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah- KESULTANAN PAHANG

