KUANTAN, 27 April 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 27 April 2026 bersamaan 9 Zulkaedah 1447H.
Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.
Semoga jua Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan terus dilimpahi kebahagiaan, kesejahteraan dan keberkatan dalam setiap langkah, serta dikurniakan kejayaan yang berpanjangan dalam segala urusan dunia dan akhirat. -KESULTANAN PAHANG.






