KUALA LUMPUR 11 April 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke program Lawatan Kerja Huawei Customer Solution Innovation Centre di sini semalam.

Ketibaan Yang Amat Mulia Tengku pada adalah sebagai wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun. – KESULTANAN PAHANG
