TERENGGANU 24 Mac 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al – Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Bersama Penghuni Penjara Marang di sini semalam.

YAM Tengku Panglima Perang merupakan wakil rasmi KDPB Tengku Ampuan Pahang pada majlis tersebut.

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk Pahang berjaya dimasak dan diagihkan kepada penghuni Penjara Marang termasuk pegawai dan kakitangan.

YAM Tengku Panglima Perang turut melawat Kompleks Songket Penjara Marang di samping menyantuni prospek di penjara berkenaan. – KESULTANAN PAHANG
